![]() |
| home | | my.link | | e-mail me | | sales & service | | math | | ring.tone | | search engine | | special thank | | guess book | AmbsWorkz © 2002 ambs76.tripod.com All Rights Reserved. |
Penghargaan
Saya ingin mengambil kesempatan di dunia siber ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih saya khasnya kepada Ibu saya yang telah banyak berkorban yang tak mampu saya katakan dan membalas jasanya sampai akhir hayat saya, tak lupa kepada Aline yang begitu banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang saya mengenalinya, abg. Fadzil yang sentiasa percayakan saya dan semua insan yang menyokong usaha yang murni ini.
|
|
|
" Matlamat atau objektif laman web ruangan bacaan ini (Ruangan Bicara - AGAMA) adalah untuk saling bantu-membantu setiap insan yang masih hidup untuk sama-sama membimbing diri, keluarga, rakan dan masyarakat untuk terus maju dan menambah ilmu dan meningkatkan kerohanian supaya dapat mengatasi pelbagai cabaran, dugaan yang mencabar pada masa kini. Saya akan mengfokus kepada hadits dan kata-kata falsafah dari tokoh-tokoh Islam yang terdahulu sehinggalah sekarang, tidak ketinggalan kata-kata hikmat pemimpin, dan individu yang terkenal atau sesiapa sahaja yang memberi sumbangan ilmuan dari segi falsafah dan kerohanian. Sokongan dan teguran serta penyertaan anda amat saya harapkan " |
HADITS
Tuntutlah segala keperluan hidup untuk menjaga kehormatan dirimu sendiri. maka sesungguhnya semua itu terjadi menurut takdir Allah.
(H.R. Ibn `Asakir)
DOA
Adab Berdoa:
| 1 | Perlu suci daripada hadas kecil atau hadas besar. |
| 2. | Mestilah memuji Allah, berselawat keatas Nabi s.a.w, keluarganya dan sahabatnya. |
| 3. | Menghadap ke arah Qiblat dan mengangkat tangan dan pada penghabisan doa perlulah disapukan ke muka. |
| 4. | Suara perlulah sederhana atau perlahan. |
| 5. | Akhlak perlu digaja, mematuhi ajaranNYA dan menjauhi laranganNYA. |
| 6. | Mohon bersungguh-sungguh dengan mengulanginya 3 kali. |
| 7. | Mesti disertai dengan berusaha berterusan. |
| 8. | Menunggu hasil dengan sabar dan bersembahyang. |
| 9. | Berdoa dengan tulus ikhlas. |
| 10. | Pilih waktu-waktu yang mulia seperti malam jumaat, tengah malam dan sebagainya. |
Sebab Doa di tolak:
| 1. | Menderhaka kepada Allah. |
| 2. | Memutuskan silaturrahim atau suka bermusuhan. |
| 3. | Derhaka kepada Ibubapa dan guru. |
KATA HIKMAT
"percayalah pada diri sendiri dan jangan sekali-kali menipu diri sendiri" - ambs®
"buatlah ssesuatu kerja itu dengan cemerlang dan jangan mudah putus asa jika gagal" - ambs®
"orang yang mudah kecewa adalah orang yang gagal selama-lamanya" -ambs®
"iman mendorong insan kearah dunia dan akhirat" - ambs®
| home | | biodata | | e-mail us | | special thank | guess book|
© 2002 ambs76.tripod.com All Rights Reserved.